LiveFluencer.AI · Apex Treasure Sdn. Bhd.
Terma Perkhidmatan
Dikemas kini:
1. Syarat Penggunaan
Dengan mengakses tapak ini, anda bersetuju bahawa ciri-ciri yang dipaparkan adalah representasi keupayaan produk sedia ada LiveFluencer.AI.
2. Pengiraan Kredit Minit
1 kredit bersamaan dengan 1 minit siaran langsung sebenar. Kos dan had masa dipaparkan sebelum caj bermula, dan pelayan menghentikan sesi secara automatik jika tab penyemak imbas ditutup.
3. Tempoh Sah Kredit
Kredit yang dibeli sah selama 90 hari dari tarikh pembelian. Kredit bonus atau promosi sah selama 30 hari. Kredit yang paling hampir tamat tempoh digunakan dahulu, dan peringatan dihantar melalui emel 7 hari sebelum kredit tamat tempoh. Kredit yang telah tamat tempoh dibatalkan dan tidak boleh dikembalikan atau dibayar balik.
4. Keselamatan Kandungan
Pengguna bertanggungjawab memastikan produk yang dipromosikan mematuhi undang-undang pengguna Malaysia, keperluan KKM (jika berkaitan kosmetik/kesihatan), dan garis panduan platform TikTok.
5. Tiada Jaminan Luar Realiti
Kami tidak menjamin kenaikan angka jualan (GMV) yang tidak bersandarkan usaha dan kualiti produk penjual itu sendiri.
Dibaca bersama Dasar Privasi dan Dasar Bayaran Balik.
Maklumat syarikat
- Syarikat
- Apex Treasure Sdn. Bhd.
- E-mel
- mail@apextreasuresoftware.com